Vivix Shaklee: Menghalang & Mencegah Kanser

Sebut sahaja kanser tentu kita berasa gerun. Baca info tentangnya sahaja dah cukup buat kita berasa takut dan risau. Mana tidaknya, kanser atau barah adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh manusia pada abad ini. Penawarnya masih belum di temui. Apa yang mampu dilakukan ialah mengesannya dari awal. Tetapi biasanya apabila sudah di kesan ianya sudah terlambat. Rawatan yang di berikan adalah membuang bahagian yang ada tumor kanser dan kemoterapi atau radioterapi untuk memusnahan sel-sel kanser dari terus merebak ke bahagian lain. Namun, benarkah Vivix Shaklee mampu menghalang dan mencegah kanser. Teruskan membaca untuk mengetahui keistimewaan Vivix Shaklee.

Bagaimana Kanser Bermula?

Apabila kanser bermula di dalam badan, ia di panggil Peringkat Permulaan. Ini berlaku apabila radikal bebas menyerang membran sel, mitokondria (bahagian sel yang berfungsi dalam respirasi sel untuk menghasilkan tenaga) dan sel-sel DNA dalam nukleus sel. Apabila DNA terganggu ia menyebabkan mutasi dan jika dibiarkan tidak terkawal ia membawa kepada penularan.

Pada peringkat kedua kanser ia dipanggil Peringkat Peningkatan, iaitu sel-sel kanser mula menular. Ini adalah satu proses yang panjang tetapi ia boleh menjadi sebaliknya apabila badan kita mula aktif membahagikan sel-sel pra-kanser yang telah terkumpul dan membesar. Pada peringkat ini pembahagian sel akan menjadi pesat dengan wujudnya keradangan, bukan sahaja pada bahagian bermulanya sel kanser, tetapi di seluruh badan. Minyak sayuran seperti jagung, dan minyak safflower, asid lemak trans buatan manusia dan lemak tepu yang terdapat dalam daging dan makanan bergoreng menyumbang kepada keradangan secara senyap ini.

Pada peringkat ke-2 ini tiada rasa sakit mahupun petunjuk yang menunjukkan kehadirannya yang semakin meningkat dalam organ-organ badan. Pada peringkat pertama dan kedualah kebiasaannya kanser mampu di rawat.

Peringkat ke-3 adalah Peringkat Kemusnahan atau Kematian. Jika pertahanan badan kita gagal untuk menghalang tumor dari terus berkembang, ia akan mula melepaskan pelbagai faktor pertumbuhan untuk memastikan kelangsungan hidup sel barah. Faktor-faktor pertumbuhan mula mengganggu tisu sekitar yang sihat dan mewujudkan beribu-ribu saluran darah mikroskopik baru untuk membekalkan pertumbuhan kanser. Proses ini dipanggil angiogenesis. Tumor akan memastikan terdapat jalan untuk ia merebak ke bahagian badan yang lain.

Apakah Ramuan Yang Terkandung Dalam Vivix Shaklee?

Shaklee mula memperkenalkan Vivix pada tahun 2008. Namun tahukah anda kajian terhadap bahan yang terkandung di dalamnya telah bermula sejak dari tahun 1940-an lagi. Bahan tersebut ialah Resveraterol. Resveraterol adalah polyphenol, (komponen di dalam tumbuhan yang boleh mempengaruhi aktiviti sel di dalam badan manusia), yang di panggil stilbene yang di temui dalam kebanyakkan tumbuhan terutama tumbuhan semulajadi yang berwarna ungu.

Penyelidik Shaklee telah menemui dan mencipta ramuan Rejuvetrol Polyphenol yang telah di kenalpasti memberikan kelebihan 10 kali ganda kepada Resveraterol daripada Resveraterol itu sendiri. 3 kunci utama ramuan tersebut adalah:

  • Ekstrak Muscadine Grape:

  • Ekstrak European Elderberry:

  • Ekstrak Purple Carrot:

Bagaimana Resveraterol Boleh Membantu Melawan Kanser?

Kajian yang telah di jalankan oleh para penyelidik mendapati Resveraterol mampu memberi kesan positif terhadap semua peringkat kanser serta dalam masa yang sama mampu untuk mencegahnya. Apabila Resveraterol diberikan dalam dos yang tinggi ia bertindak dengan menutup dan mencegah tumor kanser dengan menghalang pembentukan salur darah baru yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor kanser.

Pada tahun 1979 Dr. John Pezzutto dari Purdue telah memulakan penyelidikan selama bertahun-tahun terhadap tumbuhan semula jadi yang mungkin menghalang atau mencegah kanser. Selepas bertahun-tahun melakukan saringan terhadap puluhan ribu sebatian semula jadi, akhirnya pada tahun 1997 beliau dan pasukannya telah menerbitkan satu Jurnal Sains yang bertajuk “Cancer Chemopreventive Activity of Resveratrol.” Produk Semulajadi yang diperolehi daripada anggur.

Buat pertama kalinya penyelidik menunjukkan bahawa resveratrol boleh mengganggu semua tiga peringkat kanser. Ia meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan yang kuat di peringkat pertama, bertindak sebagai anti-radang pada peringkat kedua dan menghalang pembentukan salur darah baru pada peringkat ketiga. Kesimpulan Dr Pezzutto adalah, “Our results suggest that resveratrol merits further investigation as a cancer chemopreventative agent in humans.”

Dalam satu penemuan yang dilaporkan pada bulan Mac 2008 oleh The Journal of Advances in Experimental Medicine and Biology mendapati apabila resveratrol digunakan semasa terapi radiasi terdapat beberapa hasil positif:

  1. Resveratrol bertindak sebagai pemeka tumor, iaitu ia membuatkan sel-sel yang menular lebih sensitif terhadap terapi radiasi.
  2. Ia juga menjadikan tisu normal kurang sensitif kepada sinaran itu dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan-kesan sampingan radiasi pada tisu normal.
  3. Resveratrol meningkatkan kesan-kesan kemoterapi menyebabkan kadar membunuh sel-sel kanser lebih tinggi.

Mengapa Resveraterol Yang Terkandung Dalam Vivix Shaklee Adalah Yang Terbaik?

Menurut Dr. Joseph Maroon, M.D. dalam bukunya yang bertajuk, The Longevity Factors, menyatakan bahawa terdapat bukti saintifik yang semakin meningkat bahawa gabungan resveratrol dan ramuan lain polifenol memberi manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding jika resveratrol sahaja. Di dalam penulisannya beliau menyebut produk Shaklee dipanggil Vivix merupakan satu-satunya produk yang mengandungi campuran polifenol.

Tonton video dibawah bagaimana Vivix membantu atasi masalah kesihatan beliau.

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Jelas sekali, perkara yang paling utama dan penting dalam menghalang kanser adalah dengan mencegahnya. Dari beratus-ratus kajian kita tahu bahawa bahan-bahan semula jadi boleh meneutralkan radikal bebas, mengurangkan tindak balas keradangan dan menghalang angiogenisis (sel-sel kanser berkembang) yang mana secara tidak langsung ia membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser di ketiga-tiga peringkat.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta amalkan gaya hidup yang sihat. Di ingat kan di sini, Vivix bukanlah ubat atau penawar. Ianya sekadar supplement yang membantu membekalkan nutrien yang di perlukan oleh badan kita. Hubungi saya segera jika anda rasa Vivix Shaklee berbaloi untuk kesihatan anda.

Kita Hanya Berusaha, Allah yang Menentukan.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan Cod: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

Rujukan:

  1. http://www.drugs.com/resveratrol.html
  2. http://www.jenniferwurstmd.com/wp-content/uploads/2012/08/WN_Vol31_Issue12.pdf
  3. http://www.healthsachoice.com/cancer/why-polyphenols-may-help-fight-cancer/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge