Tips Untuk Mengurangkan Risiko Serangan Strok

Strok atau angin ahmar berlaku apabila bekalan darah ke otak kita terganggu mungkin di sebabkan oleh salur darah tersumbat atau salur darah pada otak kita pecah. Ini menyebabkan otak kita tidak menerima oksigen dan nutrien yang di perlukan hingga mengakibatkan sel-sel otak mula mati dalam beberapa minit. Seseorang yang di serang strok perlu mendapatkan rawatan segera. Ini penting kerana tindakan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan komplikasi yang mungkin berlaku. Menurut laman web Mayo Clinic, strok bole di rawat dan di cegah. Ini di buktikan apabila semakin ramai rakyat Amerika yang sembuh dari strok berbanding 15 tahun yang lalu.

Apakah Punca Berlakunya Serangan Strok?

Serangan strok terbahagi kepada 3 jenis. Jenis – jenis serangan inilah yang menentukan puncanya.

  • Hemorrhagic stroke: Juga dikenali sebagai pendarahan otak. Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak kita pecah. Ianya berlaku di sebabkan oleh hypertension atau kenaikkan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Ia juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu Intracerebral hemorrhage (saluran darah dalam otak pecah menyebabkan pendarahan pada sekitar otak mengakibatkan sel-sel otak mati) dan Subarachnoid hemorrhage (arteri pada atau berhampiran permukaan otak pecah menyebabkan pendarahan berlaku antara permukaan otak dan tengkorak. Pendarahan ini sering memberi isyarat dengan tiba-tiba seperti sakit kepala yang teruk).
  • Ischemic stroke: Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak kita tersumbat. Serangan strok jenis ini adalah yang paling biasa berlaku. Jenis Ischemic stroke yang sering berlaku ialah Thrombotic stroke (di sebabkan oleh lemak terkumpul dalam salur darah hingga menyempitkan salur darah ke otak) dan Embolic stroke (di sebabkan oleh darah beku atau serpihan lain terhasil di luar otak contoh pada hati menyebabkan salur darah menjadi sempit).
  • Transient Ischemic Attack (TIA): Juga dikenali sebagai minor strok. Ia berlaku sama seperti Ischemic Stroke iaitu salur darah ke otak tersumbat seketika iaitu kurang dari 5 minit.

Apakah Simptom-Simptom Strok?

Jika kita mengalami antara gejala-gejala di bawah, segeralah ke hospital.

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan.
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba.
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau sukar untuk memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba.
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu.
  • Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata.
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba.
  • Sukar menelan.

Adakah Kita Berisiko Untuk Mendapat Strok?

Ya. Kita berisiko untuk mendapat strok sekiranya kita mempunyai salah satu daripada risiko di bawah:

  • Pesakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.
  • Paras kolesterol tinggi.
  • Seorang perokok.
  • Obesiti.
  • Mengamalkan cara hidup yang tidak aktif.
  • Sentiasa berada dalam keadaan tekanan/stress.
  • Mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berlemak.
  • Meminum minuman keras yang berlebihan.

Bagaimana Untuk Mencegah Strok?

Seperti yang kita ketahui, risiko untuk mendapat serangan strok adalah di sebabkan oleh gaya hidup kita yang tidak sihat hingga menyebabkan kita mendapat penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Oleh itu untuk mencegah strok kita perlu UBAH:

  1. Gaya hidup kita. Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi 3 kali seminggu. Senaman sangat penting untuk membakar lemak-lemak berlebihan dalam badan. Tidur awal agar kita mempunyai rehat yang cukup dan tidak mudah stress. Tinggalkan rokok dan juga minuman alkohol.
  2. Corak pemakanan kita. Malaysia sememangnya terkenal dengan makanannya yang enak-enak namun mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi serta berminyak. Inilah yang menjadi punca kepada masalah obesiti di Malaysia. Amalkan pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mari kita tonton pengalaman abang kandung saya sendiri yang mengidap darah tinggi pada usia muda.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Mengapa Kita Memerlukan Supplement?

Supplement bukanlah ubat yang mampu merawat tetapi ianya membantu kita untuk mencegah sebelum terkena. Kesihatan adalah satu-satunya aset yang paling berharga. Tidak rugi jika kita melabur wang demi untuk kesihatan kita. Supplement Shaklee berikut bertindak dalam 4 langkah:

Langkah 1: Phytocol-ST Membantu Mencegah Mendapan Plak Pada Arteri

Pengambilan fitosterol adalah kaedah yang terbaik untuk mencegah kolestrol termendap ke dalam salur darah. Secara ringkasnya, fitosterol mempunyai struktur kimia yang sama seperti kolestrol ‘jahat’. Ia berfungsi untuk melawan kolestrol jahat dari membentuk plak. Semakin tinggi kandungan fitosterol, semakin cepat kadar kolestrol dapat distabilkan.

Langkah 2: Omegaguard Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 sangat diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Ianya berfungsi dengan menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita. Bermakna Omega 3 dalam minyak ikan ini membantu ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.

Langkah 3: CoQ Health Shaklee Membantu Menguatkan Otot Jantung

Mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung. Apabila usia kita semakin bertambah, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan menurun seiring dengan usia kita. CoQ10 juga di katakan mampu menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengamalkan pemakanan yang sihat.

Langkah 4: Vivix Shaklee Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

Mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melindungi salur darah kita daripada kerosakkan akibat dari radikal-radikal bebas. Vivix juga kaya dengan polifenol iaitu satu komposisi penting dalam diet manusia.Polifenol membantu menentang pembentukan penyakit kronik.

Testimonial:

Jika anda atau orang yang tersayang menghadapi masalah strok, jantung mahupun darah tinggi atau diabetes. Bertindaklah segera sebelum terlewat. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge