Tips Untuk Membantu Masalah Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

Masalah patah tulang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Apabila ini terjadi sudah tentulah kita akan mendapatkan rawatan di hospital untuk memastikan tulang patah ini dapat di rawat segera. Menurut artikel yang di tulis oleh Better Health Channel, tulang yang patah akan sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, tujuan rawatan perubatan adalah untuk memastikan tulang yang patah itu berada pada kedudukan asalnya. Contohnya pembedahan memasukkan rod atau kepingan logam. Tujuannya adalah untuk memegang dua bahangian tulang yang patah tersebut agar berada pada kedudukan yang selari.

 Apakah Punca Hingga Terjadinya Patah Tulang?

Patah tulang terjadi apabila tulang kita terkena satu daya yang sangat kuat iaitu melebihi dari daya ketahanan tulang kita. Ini akan menyebabkan gangguan kepada struktur dan kekuatan tulang hingga membawa kepada kesakitan, menjejaskan fungsi tulang dan menyebabkan pendarahan dan kecedaraan pada kawasan yang patah. Antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya patah tulang adalah:

  • Kejadian Trauma: Contohnya seperti kemalangan jalanraya dan kecederaan ketika bersukan.
  • Osteoporosis: Gangguan ini menyebabkan tulang menjadi lemah dan cenderung untuk retak.
  • Melebihi Daya Tahan: Pergerakkan yang terlalu kerap boleh menyebabkan otot menjadi letih dan secara tidak langsung memberi tekanan yang kuat kepada tulang. Ini boleh menyebabkan ‘Stress Fracture’. Kebiasaannya terjadi pada atlit sukan.

Apakah Tanda-Tanda Patah Tulang?

Tanda-tanda patah tulang di ukur berdasarkan kepada tahap kecederaan. Antaranya adalah seperti:

  • Sakit pada bahagian yang patah.
  • Bengkak dan di ikuti dengan lebam
  • Perubahan fizikal pada bahagian yang patah
  • Ketidakupayaan untuk menggunakan anggota yang terlibat

Jenis-Jenis Patah Tulang

Menurut Better Health Channel, terdapat 8 jenis patah tulang yang biasa terjadi:

  1. Closed (simple) fracture: Keadaan patah yang mana tulang tidak menembusi kulit.
  2. Open (compound) fracture: Keadaan patah yang mana tulang menembusi kulit dan boleh menyebabkan berlakunya jangkitan dan pendarahan luar.
  3. Greenstick fracture: Keadaan patah yang kelihatan seperti garis-garis halus pada tulang. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak kerana tulang mereka lebih fleksibel dari orang dewasa.
  4. Hairline fracture: Keadaan patah yang terjadi disebabkan oleh ‘Stress Fracture’.
    Biasanya berlaku pada betis atau kaki akibat dari tekanan yang berulang-ulang dari aktiviti seperti berjoging.
  5. Complicated fracture: Keadaan patah yang mana kawasan sekitarnya turut tercedera. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang turut berlaku pada urat, salur darah atau saraf, dan mungkin juga terdapat kecederaan pada lapisan tulang (periosteum).
  6. Comminuted fracture: Keadaan patah yang mana tulang hancur menjadi kepingan kecil. Patah jenis ini adalah rumit dan cenderung untuk lambat sembuh.
  7. Avulsion fracture: Tendon (sejenis tisu penghubung) menghubungkan otot dengan tulang. Patah jenis ini berlaku apabila pengecutan otot yang terlalu kuat menyebabkan tendon terputus hingga tulang terkeluar. Patah jenis ini biasanya berlaku pada lutut dan sendi bahu.
  8. Compression fracture: Keadaan patah yang berlaku apabila dua tulang bertemu antara satu sama lain. Kebiasaannya berlaku pada tulang belakang yang dipanggil vertebra. Warga emas, terutamanya yang mempunyai osteoporosis adalah berisiko tinggi untuk mengalaminya.

Bagaimana Untuk Membantu Mempercepatkan Penyembuhan Patah Tulang?

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, tulang yang patah akan sembuh dengan sendirinya. Apa yang penting adalah kita perlu memastikan makanan yang di ambil mengandungi nutrisi-nutrisi penting yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan patah tulang. Antara nutrisi tambahan shaklee yang boleh kita amalkan adalah:

Set Untuk Tulang Patah Shaklee

  1. ESP Shaklee terkenal dengan sumber protein soyanya yang terbaik. Protein di perlukan oleh tubuh kita untuk membina semula tulang yang patah. Selain itu, protein dalam ESP juga membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.
  2. Ostematrix Shaklee terdiri daripada gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam komposisi tulang kita. Oleh itu pengambilan Ostematrix sangat penting dalam penyembuhan patah tulang. Vitamin D dalam Ostematrix pula memberikan penyerapan optimum kepada kalsium oleh tubuh.
  3. Omega Guard Shaklee membantu untuk mencegah degradasi tulang rawan pada sendi. Ia juga dapat memulihara sendi yang tercedera akibat patah. OmegaGuard juga bertindak sebagai pelincir untuk membantu pergerakan sendi menjadi lebih lancar.
  4. Joint Health Tablet Shaklee membantu menyokong pergerakan dan kelenturan sendi. Ianya hasil ramuan terbaik seperti Boswellia untuk menjaga dan memastikan sendi-sendi lutut, punggung, tulang belakang serta jari kaki dan tangan berfungsi dengan sempurna.

Adakah Anda Ragu-Ragu Dengan Shaklee?

Screen Shot Sijil KKM

Pilihan terletak di tangan kita. Jika anda mengalami masalah patah tulang dan ingin cepat sembuh agar boleh kembali melakukan rutin harian anda seperti biasa jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Whats App/Telegram/Call/SMS: 012 – 935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Sg.Karang-Bt.Hitam-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126