Tips Untuk Luka Pembedahan Caesarean Cepat Sembuh.

Bersalin secara pembedahan Caesarean bukanlah satu perkara yang luar biasa pada masa kini. Ini kerana bukan semua wanita di dunia ini yang bakal bergelar ibu di beri peluang oleh-Nya untuk melahirkan anak secara normal. Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti berdepan dengan pelbagai risiko atau masalah hingga menyebabkan mereka terpaksa memilih untuk bersalin secara Caesarean. Sama ada bersalin secara normal mahupun Caesarean, mereka tetap mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat mereka ke dunia ini.

Apa Itu Pembedahan Caeserian?

Pembedahan Caesarean adalah satu pembedahan untuk melahirkan bayi. Ia melibatkan pemotongan di bahagian depan perut dan rahim ibu. Si Ibu biasanya akan di bius separuh badan iaitu  dari pinggang ke bawah supaya mereka tidak merasa kesakitannya. Pembedahan Caesarean biasanya mengambil masa antara 30-45 minit.

Tips Penjagaan Luka Pembedahan Caeserian.

Bagi ibu-ibu yang bersalin Caeser anda mungkin boleh amalkan tips di bawah yang di sarankan oleh Dr. Zubaidi:

  • Dalam beberapa minggu pertama, cuba untuk mendapatkan rehat sebanyak mungkin. Elakkan berjalan naik & turun tangga terlalu kerap kerana perut kita mungkin terasa sakit. Amalkan berjalan perlahan-lahan untuk mengelakkan pembekuan darah pada tempat pembedahan.
  • Memakan makanan yang berzat dan seimbang. Banyak tenaga, protein dan darah hilang ketika operation dan ia perlu digantikan kembali. Makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan. Banyakkan juga makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin dan mineral.
  • Minum air masak secukupnya (2L). Untuk mengelakkan masalah sembelit. Selain itu toksin dalam badan dapat dinyahkan melalui air kencing.
  • Ambil suppliment yang mengandungi multivitamin yang mengandungi zat besi. Penting untuk menambah semula darah merah yang banyak hilang ketika pembedahan. Di samping itu dapat membantu mempercepatkan luka untuk sembuh.
  • Makan ubat tahan sakit apabila perlu sahaja.
  • Pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih untuk elak jangkitan kuman.
  • Menyusukan bayi supaya dapat membantu proses penyembuhan luka pada rahim. Setiap kali bayi menyusu badan kita akan hasilkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim.
  • Mengenakan bengkung yang lembut dan berasakan kain selepas seminggu pembedahan. Dapat mengurangkan rasa sakit ketika bersin atau batuk. Perut juga akan kempis kerana berbengkung dapat mengurangkan angin di dalam usus. Di samping itu berbengkung dapat mengurangkan sakit belakang kerana bengkung dapat menampung tulang belakang kita.

Set Shaklee Untuk Ibu Bersalin Normal & Caeserean.

 

Testimonial

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu memastikan luka pada tempat yang di bedah itu betul-betul sembuh. Ini amat penting jika anda merancang untuk mengandung lagi. Set berpantang shaklee sangat membantu dalam memastikan luka pembedahan anda cepat dan betul-betul sembuh. Tunggu apa lagi. Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda sekarang. Saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhastApp: +6012 – 935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge