Tips Atasi Masalah Asma Atau Lelah Secara Semulajadi

Asma atau lelah adalah sejenis penyakit yang melibatkan masalah saluran pernafasan. Ramai antara kita yang mengidap asma tidak kira perempuan atau lelaki, kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak boleh di pandang remeh kerana ia boleh membawa maut. Masihkah anda ingat dengan pelawak terkenal Allahyarham Harun Salim Bachik yang tiba-tiba rebah ketika berhenti di kawasan Rehat & Rawat akibat sesak nafas. Beliau dikatakan mengidap penyakit lelah yang kronik.  Article kali ini kita akan bincangkan tips untuk atasi masalah lelah.

Apa Itu Asma?

Asma adalah suatu keadaan di mana saluran pernafasan seseorang itu mengecil dan membengkak serta menghasilkan lebihan mukus. Ini membuatkan pengidapnya sukar bernafas dan mencetuskan batuk, sesak nafas dan bunyi berdehit ketika menarik dan menghembus nafas .

Bagi sesetengah orang, asma adalah satu gangguan yang tidak terlalu kritikal. Bagi yang lain pula, ia boleh menjadi masalah besar yang mengganggu aktiviti harian dan boleh membawa kepada serangan asma yang mengancam nyawa.

Diagram Menunjukkan Perbezaan Saluran Pernafasan Seorang Yang Normal & Pengidap Asma.

Bagaimana Rawatan Untuk Pesakit Asma?

Kebiasaannya apabila pesakit asma berjumpa doktor mereka akan diberikan rawatan sedut gas iaitu Nebulizer. Rawatan sedutan gas bertindak secara terus ke paru-paru pesakit untuk memberikan kelegaan segera. Namun kini pesakit asma boleh menggunakan inhaler sejenis penyedut gas yang boleh di bawa kemana-mana supaya mudah untuk digunakan apabila perlu.

Apakah Faktor-Faktor Pencetus Asma?

Faktor #1: Keturunan. Penyakit Asma di kaitkan dengan keturunan. Biasanya salah seorang ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti  ekzema, asma dan resdung.

Faktor #2: Bahan alahan. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, permaidani, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.

Faktor #3: Serangga rumah. Serangga rumah seperti lipas. Lipas yang mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan oleh udara yang bergerak.

Faktor #4: Pencemaran udara. Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan jerebu.

Faktor #5: Senaman. Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma.

Faktor #6: Cuaca melampau. Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada sesetengah pesakit.

Petua Tradisional Untuk Hilangkan Asma

  • Ulam Pegaga: Boleh di amalkan dengan meminum air rebusan pegaga ketika suam. Ia dikatakan dapat melegakan asma.
  • Bawang Putih: Bawang putih terkenal dengan khasiatnya untuk pelbagai penyakit. Pesakit asma boleh mengamalkan meminum air rebusan hirisan bawang putih di tambah dengan sesudu madu asli setiap pagi. Dapat mengurangkan serangan asma.
  • Madu Asli: Madu asli terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Boleh di amalkan sesudu teh madu asli setiap hari untuk mengelakkan serangan asma. Boleh juga di berikan kepada kanak-kanak.
  • Susu Kambing: Susu kambing memang banyak khasiatnya. Seeloknya dapatkan yang original dengan memerahnya kemudian tapis. Minum mentah-mentah. Boleh di amalkan setiap pagi.
  • Hati Unta. Dapatkan hati unta yang telah di keringkan. Potong nipis-nipis dan gorengkan tanpa minyak hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga menjadi serbuk. Serbuk tersebut di rendam ke dalam air panas kemudian di tapis dan di minum ketika suam.

Mari kita tonton apa yang telah di amalkan oleh pesakit asma kronik ini untuk atasi masalah asma.

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Pesakit Asma?

Set Untuk Orang Dewasa

  • Nutriferon Shaklee: Di ekstrak dari 4 jenis tumbuhan semulajadi yang membantu menguatkan sistem imunisasi badan pengidap asma agar tidak mudah di serang asma.  Ia juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

  • Omega Guard Shaklee: Mengandungi Omega 3 yang bertindak melancarkan saluran pernafasan pesakit asma supaya tidak sesak nafas. Memberi kelegaan segera jika di serang asma. Bagi mereka yang menghidap asma kronik, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Set Untuk Kanak-Kanak

  • Mealshake Shaklee: Membantu meningkatkan selera makan anak-anak di samping membekalkan tenaga dan nutrien-nutrien penting yang di perlukan untuk pertahanan badan anak-anak agar tidak mudah di serang asma.
  • Omega Guard Shaklee: Minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 ini bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Jika anda atau anak anda merupakan salah seorang dari pengidap asma yang kronik jangan tunggu lagi. Dapatkan segera agar anda atau anak anda dapat menjalani kehidupan yang aktif. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012- 935 1082

Shaklee  ID: 960126

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge