Tips Atasi Masalah Anak Sembelit

Sembelit di kalangan anak-anak kecil seringkali terjadi terutama kepada anak-anak kecil yang mengambil susu formula. Begitu juga saya, tidak terlepas dari merasa pengalaman tersebut dengan Si kecil saya Muhammad Ammar Rayyan yang berusia setahun setengah.

Menurut kajian, susu formula sukar untuk di hadamkan dan di serap ke dalam usus berbanding susu ibu yang mudah di hadam dan mudah untuk di serap oleh usus anak-anak kecil. Sungguh bertuah kepada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.

Bagaimana untuk tahu yang anak kita mengalami masalah sembelit?

Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri:

  1. Setiap kali nak poo poo Ammar pasti cari ibu untuk peluk dan minta tolong sambil menangis-nangis teran najis.
  2. Ammar hanya poo poo tiga hari sekali. Maka najis yang keluar besar, keras, kering dan sangat busuk hingga melekat pada tangan ibu. hihihi
  3. Dua kali Ammar buang air besar dan berdarah. Masa ni memang teramatlah susah hati!!! (pendarahan di sebabkan oleh luka dari dubur sebab najis terlalu keras)
  4. Ammar mula kurang selera makan. Kalau dulu sangat suka makan nasi tapi sekarang asyik nak makan roti sahaja. (Mungkin perut terasa penuh sebab jarang poo poo)

Apakah punca terjadinya sembelit di kalangan anak-anak kecil?

Berikut adalah apa yang doktor bagitau saya semasa bawa Ammar ke klinik:

  • Kurang pengambilan makanan yang mengandungi serat. (Yang ni sudah tentu sebab Ammar is a fussy eater.)
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi. (Ya!! Ammar agak kurang minum air masak)
  • Mungkin susu formula yang di ambil tidak sesuai. Doktor cadangkan untuk bertukar kepada susu formula yang mengandungi lebih Probiotik / Bifidus.
  • Menahan keinginan untuk buang air besar. (Bole jadi juga. Mungkin Ammar serik sebab sakit setiap kali nak poo poo!)

Tips untuk membantu anak poo poo sembelit.

Antara tips yang pernah saya cuba ialah:

  1. Menggerakkan kaki Ammar ketika dia nak poo poo.  Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  2. Saya ajar Ammar untuk poo poo dalam mangkuk tandas duduk. Posisi cangkung / duduk akan memudahkan najis untuk keluar berbanding poo poo di dalam pampers.
  3. Saya urut dan sapu minyak angin pada perutnya supaya dia selesa dan tidak kembung.
  4. Saya juga telah menambah suppliment Meal Shake Shaklee dalam pemakanan Ammar.
Meal Shake Shaklee

Kenapa Saya Pilih Meal Shake Shaklee?

Mealshakes merupakan minuman tambahan yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang membantu untuk melancarkan penghadaman perut anak kita.

Bagaimana MEAL SHAKE Membantu Masalah Sembelit?

Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee adalah jenis yang boleh larut di dalam air. Ia bertindak sebagai ‘pencuci’ usus dan perut anak kita.

SERAT ini akan mengumpul makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh anak kita. Apabila semua makanan yang tidak diperlukan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis, SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut. (Sebab itulah penting untuk anak kita minum air banyak)

Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.

Testimonial

Alhamdulillah sejak mengamalkan pengambilan Meal Shake kini Ammar tiada lagi masalah sembelit dan makin berselera makan. Berat badan pon semakin bertambah. Ramai lagi ibu di luar sana yang berkongsi rasa seperti saya.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Untuk ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah seperti saya jangan tunggu hingga terlewat. Cegahlah sembelit anak anda sebelum memudaratkan. Hubungi saya untuk consultation percuma:

Kawasan COD:

Bandar Kuantan – Beserah – Batu Hitam – Sg. Karang –  Balok  – Gebeng

Call/Whatsapp/Sms : +6012-935 1082

Shaklee ID : 960126

Facebook: Sulhana_sue

Instagram: Sulhana_sue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge