Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki Dan Wanita

Masalah rambut gugur seringkali terjadi kepada orang dewasa tidak kira lelaki atau wanita. Jika masalah ini berterusan menghantui kita sudah tentu kita akan mula hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Lebih-lebih lagi orang yang tersayang. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu mengkaji terlebih dahulu punca mengapa terjadinya masalah rambut gugur ini.

 

Bagaimana Pertumbuhan Rambut Berlaku?

Hasil dari pembacaan saya di laman web MedicineNet.com, secara puratanya terdapat lebih kurang 100,000 rambut pada kulit kepala kita. Setiap rambut yang di hasilkan oleh folikel, tumbuh dengan kadar setengah inci setiap bulan. Pertumbuhan rambut ini berlaku antara 2 hingga 6 tahun. Selepas itu pertumbuhan rambut terhenti seketika sebelum ianya gugur. Tidak lama kemudian folikel akan menghasilkan rambut baru bagi menggantikan rambut yang telah gugur. Begitulah kitaran rambut kita dan ianya sentiasa berulang.

Apakah Punca Berlakunya Masalah Rambut Gugur?

Rambut gugur berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut kita terganggu disebabkan oleh folikel rambut di musnahkan dan di gantikan dengan tisu yang rosak. Kebiasaannya masalah rambut gugur di kaitkan dengan salah satu atau lebih daripada faktor-faktor berikut:

  1. Perubahan hormon. Perubahan hormon dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Perubahan hormon ini mungkin di sebabkan oleh kehamilan, melahirkan anak atau bermulanya menopause. Tahap hormon juga boleh terjejas di sebabkan oleh masalah kesihatan seperti kelenjar tiroid.
  2. Jangkitan pada kulit kepala. Jangkitan seperti kurap boleh menyerang rambut dan kulit kepala kita. Jangkitan tersebut menyebabkan kulit kepala menjadi tompok bersisik dan keguguran rambut. Biasanya rambut akan tumbuh kembali apabila jangkitan ini di rawat.
  3. Penggayaan Rambut. Aktiviti menggayakan rambut seperti mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan mengkerintingkan rambut boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan lama kelamaan menjadi gugur. 
  4. Penggunaan Shampoo rambut. Penggunaan shampoo yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan akhirnya gugur. Lebih-lebih lagi sekiranya shampoo tersebut mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi. 
  5. Diet yang tidak seimbang. Badan kita memerlukan pelbagai vitamin, mineral dan protein untuk mengekalkan rambut yang sihat. Sekiranya kita mengamalkan diet yang tidak seimbang ia akan mempengaruhi  pertumbuhan rambut kita dan boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur. Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein dan vitamin E untuk membuatkan rambut kita kuat dan sihat.

Bagaimana Untuk Atasi Masalah Ini?

Untuk atasi masalah rambut gugur ini anda mungkin boleh mencuba tips-tips di bawah:

  • Mencuci rambut dengan limau nipis untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala. Kulit kepala yang sihat dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Malahan limau nipis adalah cara semulajadi yang dapat menggantikan shampoo yang mengandungi bahan kimia.
  • Mengamalkan penggunaan aloevera atau lidah buaya untuk menggantikan perapi rambut. Aloevera adalah cara semulajadi untuk mendapatkan rambut yang kuat, sihat, cantik dan bersinar.
  • Menyapu pati santan kelapa pada kulit kepala dan rambut untuk melebatkan rambut secara semulajadi.
  • Mengamalkan pemakanan sihat dengan meninggalkan makanan seperti makanan ringan dan makanan segera. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein seperti kekacang. Banyakkan minum air masak kerana ia bukan sahaja mengekalkan kulit yang sihat tetapi juga membuatkan akar rambut menjadi kuat.

Mari kita lihat apa langkah yang di ambil oleh wanita ini untuk atasi masalah rambut gugur.

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini… from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana Shaklee Membantu Atasi Masalah Rambut Gugur?

Untuk Nutrisi:

  

Esp Shaklee: Membantu membekalkan protein yang di perlukan untuk mengekalkan rambut yang sihat. Memastikan kulit kepala sihat dan segar untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan menguatkan akar rambut.

Zinc Complex Shaklee: Membantu dalam melindungi kulit kepala dari sebarang jangkitan. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka sekiranya terkena sebarang jangkitan pada kulit kepala. Membantu menguatkan akar rambut.

Vitamin E Complex Shaklee: Menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat dengan memastikan kulit kepala sentiasa sihat di samping bertindak sebagai antioksidan yang membantu melawan kerosakan kulit kepala akibat radikal bebas.

Set Untuk Penjagaan Rambut.

Revitalizing Shampoo 
  • Bertindak secara lembut untuk melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan pH kulit kepala dan rambut supaya tidak terlalu lembap atau kering.
Purifying Shampoo 
  • Membersih secara menyeluruh dengan menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut.
  • Menghalang pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain pada kulit kepala.
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala untuk elakkan rambut berkelemumur.

Replenishing Conditioner 

  • Bertindak sebagai pelembap untuk memastikan rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut.
  • Memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli.
Lightweight Conditioner
  • Membantu melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit.
  • Membantu mengembalikan elemen struktur rambut agar tampak lebat, berkilat dan sihat.
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan.
Long Lasting Finishing Spray (237ml)
  • “Medium hold” atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.

Nourishing Scalp Treatment

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut gugur dengan rumusan serum yang amat mudah untuk diserap oleh kulit kepala. Ia melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan radikal bebas serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Ia bertindak dalam 4 cara:

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran.
  • Bertindak secara lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut.
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama.
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak.

Jadi tunggu apa lagi. Kesannya telah terbukti. Jangan biarkan masalah rambut gugur terus menghantui hidup anda. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya kerana saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatApp/: 012- 935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt. Hitam-Sg. Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

1 thought on “Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki Dan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge