Pengedar Esp Shaklee Sekitar Kuantan

Assalamualaikum Warga Kuantan. Adakah anda sukar untuk dapatkan stock Esp shaklee kegemaran anda? Jangan risau. Kini saya boleh membantu anda. Saya sentiasa ada ready stock untuk product shaklee yang merupakan antara yang terlaris ini. Apa lagi kalau bukan Esp Shaklee.

Apakah Keistimewaan Esp Shaklee Sehingga Menjadi Antara Product Shaklee Yang Terlaris?

Terlalu banyak keistimewaan Esp shaklee untuk di senaraikan. Ianya sangat sesuai di ambil oleh setiap golongan tidak kira lelaki atau wanita. Tua atau muda. Esp atau Soy Protein Isolate Powder merupakan makanan bernutrisi yang enak untuk seisi keluarga. Antara keistimewaannya adalah:

  1. Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik iaitu bukan GMO di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  2. Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Menurut kajian, protein
    soya boleh membantu menurunkan paras kolesterol*.
  3. Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score)
    1.0 – iaitu penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada
    protein haiwan.
  4. Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak badan kita tidak hasilkan sendiri.
  5. Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap
kolesterol darah adalah 25g sehari.

Siapa Yang Di Galakkan Untuk Mengambil Esp Shaklee Ini?

      1. Mereka yang mengalami masalah kulit

  • Esp merupakan sumber protein yang membantu membina kulit yang sihat. Ianya menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
  • Selain itu, ia mengandungi Isoflavon iaitu sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya yang dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen pada kulit.
  • Ia juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

       2. Mereka yang ingin menurunkan berat badan

  • Seseorang yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Pengambilan protein yang mencukupi serta konsisten dapat membantu:
  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Membantu mengawal pengambilan kalori-kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot kita, lebih tinggi kadar metabolisme kita.

       3. Bakal Ibu

  • Semasa mengandung setiap apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi di dalam kandungan. Pengambilan protein yang mencukupi dan konsisten dapat:
  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga
    di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak supaya kenaikan berat badan dapat di kawal.

         4. Mereka yang mementingkan kesihatan diri.

  • Apabila kita memasuki usia pertengahan, badan kita akan mula mengalami penurunan dalam prestasi termasuklah kehilangan otot. Pengambilan protein membantu:
  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan
    jisim otot dan kecergasan.
  • Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

      5. Ibu yang menyusukan bayi.

  • Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang
    tidak menyusukan bayi. Pengambilan protein yang cukup dapat:
  • Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
  • Merangsang pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah
    antara komponen penting di dalam susu ibu.

         6. Mereka yang ingin bina badan.

  • Otot kita memerlukan sokongan semasa kita melakukan latihan rintangan. Pemgambilan protein yang mencukupi dan konsisten dapat membantu:
  • Membina semula dan memperbaiki otot.
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

          7. Mereka yang ingin mengawal gula dalam darah dan inginkan tenaga yang berpanjangan.

  • Protein soya mempunyai Indeks Glisemik rendah yang mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat, serta
    membantu kita mengekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat kepada
    penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang.
  • Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan pada gula dalam darah. Karbohidrat seperti minuman tenaga bergula tinggi mempunyai GI yang tinggi, yang mana ia akan terurai dengan
    cepat dan menyebabkan gula dalam darah kita meningkat dan jatuh menjunam dengan cepat, sehingga menyebabkan kita berasa letih, mudah marah dan rasa lapar.

Testimonial Dari Pengguna Yang Berpuas Hati

Tunggu apa lagi. Hubungi saya segera untuk dapatkan stock Esp Shaklee anda hari ini juga. Saya sedia membantu anda. Jom sihat! Jom cantik! Bersama Shaklee.

*Disclaimer

Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kesan penggunaan juga berbeza-beza mengikut kesesuaian individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge