Fahami Konsep Untuk Turunkan Berat Badan

“Saya dulu ambil supplement itu dan ini tapi tak kurus pon. Membazir je beli.” Kata Si A. Itulah antara ayat-ayat power yang sering menjadi halwa telinga saya. Bila dengar ayat-ayat macam ni pelbagai persoalan terlintas di fikiran saya untuk bertanya, tapi saya diamkan sahaja. Pernah tak kita tanya pada diri kita sendiri di mana silapnya. Adakah supplement tu tak bagus ataupun persepsi diri kita sendiri yang silap tentang supplement tersebut? Kalau tak bagus kenapa ada orang yang berjaya kurus dengannya.

Fahami Konsep Untuk Turunkan Berat Badan

Tahukah anda untuk turunkan berat badan juga ada konsepnya yang tersendiri yang perlu kita fahami dan aplikasikan untuk memastikan misi kita tercapai? Jika konsep ini di fahami, dengan mudahnya kita boleh mencapai berat badan ideal yang kita impikan. Jom kita ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Kira Body Mass Index atau BMI kita.

Sebaik sahaja kita membuat keputusan untuk diet, adalah penting untuk kita tetapkan aim atau target berat yang ingin kita capai. Untuk tetapkan target tersebut kita perlu tahu BMI kita mengikut formula seperti dibawah:

BMI = Berat (kg) / Tinggi (m2) = kg/m2

Contoh: 55kg / 1.53m2 = 23.5 kg/m2

Menurut table di atas, untuk mencapai berat yang ideal kita perlu memastikan BMI kita berada pada tahap normal iaitu antara 19-24.9.

Langkah 2: Kira Basal Metabolic Rate (BMR) kita.

Basal Metabolic Rate atau BMR ni adalah Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita semasa dalam keadaan rehat mengikut berat, tinggi dan umur (tanpa aktiviti fizikal). Pengiraannya adalah berbeza bagi lelaki dan wanita seperti formula di bawah:

Lelaki : 66 + (13.7 x tinggi berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) – (6.8 x umur) Perempuan : 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) – (4.7 x umur)

Contoh pengiraan bagi seorang perempuan berusia 29 tahun dengan berat 55kg dan tinggi 153cm:

BMR= 655+(9.6 x 55) + (1.8 x 153) – (4.7 x 29) = 1322.1 

Langkah 3: Kira Daily Calorie Requirements (DCR) kita.

Daily Calorie Requirements (DCR) ni pula adalah Nilai kalori yang diri kita perlukan apabila kita melakukan aktiviti fizikal. DCR setiap individu itu berbeza mengikut keaktifan atau aktiviti yang dijalankannya setiap hari.

  • Individu yg kurang senaman/tak bersenam langsung/duduk buat kerja pejabat sahaja = 1.2
  • Individu yg aktif sikit-sikit/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
  • Individu yg aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
  • Individu yg sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
  • Individu yg terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9

Formula untuk menentukan DCR.

BMR x DCR 

Contohnya: Keperluan kalori seorang wanita berusia 29 tahun dengan berat 55kg & tinggi 153cm serta kurang senaman = BMR x DCR = 1322.1 x 1.2 = 1586.52kcal

Formula Untuk Turunkan Berat Badan

BMR > Pengambilan kalori sehari < DCR

Contoh: Keperluan kalori saya adalah 1586.52 kcal dan sekiranya saya ingin kurus saya perlu ambil kalori kurang dari 1586.52. Tetapi tidak boleh kurang dari BMR saya iaitu 1322.1 kerana jika kurang badan kita akan berasa letih, lesu dan tidak bertenaga. Kenapa penting untuk kita tahu jumlah kalori yang di ambil?

Tahukah anda bahawa setiap kalori yang berlebihan di dalam badan kita akan di simpan sebagai lemak. Lemak yang terkumpul ini jika tidak di bakar akan terus kekal di dalam tubuh kita dan sentiasa bertambah sehingga kita menjadi gemuk.

Jika kita mengurangkan jumlah kalori yang di ambil sehari secara konsisten, badan kita akan menukar lemak yang berlebihan itu kepada bentuk tenaga bagi menggantikan kalori yang kurang. Oleh itu kita telah berjaya mengurangkan lemak berlebihan yang terkandung di dalam badan kita. Tapi perlu di ingat, proses ini memakan masa yang lama. Bukan hanya dalam seminggu dua.

Namun begitu proses tersebut boleh di percepatkan dengan bantuan senaman. Apabila kita bersenam badan kita akan membakar lemak-lemak yang berlebihan itu dengan lebih banyak.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Untuk Turunkan Berat Badan?

Omega Guard / Lecithin: Membantu pembakaran lemak-lemak yang berlebihan. Proses pembakaran lemak ini akan menjadi lebih cepat jika di sertai dengan senaman dan diet yang betul.

Alfalfa Complex / Herblax: Melancarkan proses detoks atau nyah-toksin yang tidak di perlukan oleh badan. Mencuci usus.

Cinch / Esp: Pengambilan Soy protein dan Cinch yang di datangi dengan 3 perasa iaitu cafe latte, vanilla dan coklat boleh menggantikan sajian harian kita kerana ia mampu membuatkan kita kenyang dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga yang di perlukan. Pengambilannya juga memudahkan kita untuk mengawal jumlah kalori yang di ambil.

Testimonial

Bagi anda yang nekad untuk turunkan berat badan dengan cara yang selamat, sihat dan semulajadi jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda. Apa yang penting ialah kita perlu memahami konsep untuk kuruskan badan itu sendiri. Perlu di ingat, bukan dengan hanya ambil supplement kita boleh terus kurus tanpa perlu mengawal pemakanan dan senaman!!!

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

Berminat Untuk Daftar Sebagai Ahli?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge