Atasi Masalah Ulser Mulut Dari Berulang

Kalau kena ulser mulut memang azab. Nak-nak kalau kena lebih dari satu kat dalam mulut dan bibir. Memang seksa nak makan. Walaupun kita tengah lapar dan depan mata ada makanan yang best-best pun boleh hilang selera di sebabkan ulser mulut. Mana tak nya baru nak telan makanan dah terkena pada ulser. Makk aiii pedihnya bukan main lagi. Nak bercakap pun sakit. Last-last dari banyak cakap tetiba je jadi pendiam. Pernah tak kita tertanya-tanya kenapa ada orang yang sangat jarang kena ulser dan ada orang memang kerap kena ulser. Dah la kerap banyak pulak tu sekali tumbuh.

Apa Itu Ulser Mulut?

Ulser mulut adalah sejenis ulser yang terjadi dalam kawasan mulut kita sama ada pada lelangit, gusi, pipi atau bibir. Kebiasaannya ulser berwarna putih. Terdapat 3 jenis ulser mulut:

  • Ulser Minor: Berbentuk bulat dengan diameter antara 2-8mm dan mengambil masa hampir 2 minggu untuk hilang.
  • Ulser Major: Sejenis ulser yang lebih besar dan dalam. Memakan masa berminggu-minggu untuk sembuh dan adakalanya meninggalkan kesan parut.
  • Ulser Herpetiform: Sejenis ulser yang bersaiz kecil seperti pin dan tumbuh secara sekelompok
Ulser Herpetiform

Kenapa Terjadinya Ulser Mulut?

Terdapat banyak punca kenapa terjadinya ulser mulut ni. Antaranya:

  1. Kecederaan fizikal. Contohnya terkena berus gigi ketika menggosok gigi dan juga tergigit bibir ketika makan. Kedua-duanya boleh menyebabkan kecederaan sehingga terjadinya ulser mulut.
  2. Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  3. Sistem imunisasi badan yang abnormal. Apabila sistem imunisasi badan kita lemah memang mudah lah untuk kita mendapat penyakit. Termasuklah ulser yang menyerang di dalam mulut.
  4. Kurangnya pengambilan air masak. Tahukah kita yang air masak sangat penting pada tubuh kita. Dalam sehari badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air. Air penting untuk memastikan suhu badan kita normal. Jika suhu badan meningkat ia boleh menyumbang kepada terjadinya ulser mulut.
  5. Stress. Apabila kita stress ia boleh mengganggu kestabilan emosi dan hormon dalam badan kita. Keadaan ini tidak elok untuk tubuh kita kerana ia boleh menyumbang kepada banyak masalah kesihatan termasuklah ulser mulut.

Petua Untuk Merawat Ulser Mulut?

  • Air garam: Ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh datuk nenek kita dulu. Berkumur dengan air garam dipercayai dapat membantu mengecutkan ulser mulut dengan lebih cepat. Amalkan berkumur sehari 2 @ 3 kali sehingga sembuh.
  • Air baking soda: Baking soda yang kita gunakan untuk buat kuih tu pon boleh di gunakan untuk menyembuhkan ulser mulut. Caranya bancuh baking soda dengan air kemudian kumur.
  • Air kelapa: Air kelapa dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan menjadi normal. Selain dari menstabilkan suhu ia juga membantu menyembuhkan ulser mulut.
  • Marjerin: Rupa-rupanya marjerin juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bukan hanya melazatkan makanan malah boleh di gunakan untuk mengubati ulser mulut. Sapukan marjerin pada ulser dan biarkan sehingga marjerin itu cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak menyakitkan.
  • Madu: Madu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian khasiatnya untuk kesihatan. Maka tidak mustahillah ia juga boleh di gunakan untuk menyembuhkan ulser mulut. Sapukan madu pada ulser acapkali sehingga ulser tersebut kecut. Petua ini juga sesuai untuk kanak-kanak.

Bagaimana Untuk Merawat & Mencegah Ulser Mulut Dari Berulang?

Seperti yang kita tahu, Ulser mulut berpunca dari kekurangan nutrien penting dalam tubuh kita seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi. Khasiat tersebut boleh di dapati dari sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang, ikan, daging, ayam serta nasi. Bagi anda yang tidak gemar makan sayur anda boleh amalkan Vitamin B-Complex Shaklee.

Selain itu, kita juga perlu memastikan imunisasi badan kita kuat supaya tidak mudah mendapat penyakit. Tahukah anda yang Vitamin C memainkan peranan penting untuk meningkatkan imunisasi tubuh kita? Vitamin C paling mudah untuk di dapati dari pengambilan buah-buahan citrus seperti limau dan oren. Tahukah anda 7biji oren bersamaan dengan 1 tablet Vitamin C Shaklee?

Apabila kita mengamalkan pengambilan vitamin, kita perlu minum air masak secukupnya untuk memastikan tubuh kita mendapat kesan yang optimum. Dalam masa yang sama ia dapat membantu masalah kekurangan air dalam badan dan seterusnya mencegah dari mendapat ulser mulut. Bak kata orang putih ‘Kill 2 birds with 1 stone’ =)

Testimonial 1
Testimonial 2

Jika anda ada masalah ulser mulut yang kerap berulang-ulang hingga saban hari atau minggu jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya bersedia untuk membantu anda. Kini anda tidak perlu lagi tunggu hingga berminggu-minggu untuk sembuh.

                             

     Call/Whatsapp/Sms : +6012-935 1082

sulhana@caknavitamin.com

Shaklee ID : 960126

                          Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt. Hitam-Sg. Karang-Balok-Gebeng