Atasi Masalah Nafas Dan Mulut Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaanya nafas berbau ini berlaku selepas kita bangun dari tidur. Tetapi jika setelah memberus gigi nafas masih tetap berbau sepanjang masa ini menandakan seseorang itu menghadapi masalah nafas berbau. Bagi seseorang yang menghadapi masalah ini ia mungkin agak memalukan. Untuk menegur kawan mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Lebih-lebih lagi kawan baik. Sesetengah orang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi mungkin akan berasa malu hingga menyebabkan hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.

Apakah Punca Nafas Berbau?

Merujuk kepada Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia nafas berbau mungkin disebabkan oleh :

  • Mulut :
    • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
    • Kerosakan gigi (karies gigi)
    • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
    • Makanan melekat di celah gigi
    • Gigi palsu yang tidak bersih
    • Bau mulut ketika bangun tidur
    • Mulut kering
    • Tabiat bernafas melalui mulut 
  • Jenis makanan :
    • Bawang
    • Bawang putih
    • Kopi
    • Tembakau
    • Minuman alkohol
  • Keadaan kesihatan :
    • Diabetes
    • Penyakit hati
    • Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
    • Jangkitan di paru-paru
    • Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).

Bagaimana Untuk Atasi Masalah Ini?

Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas berbau :

  1. Penjagaan kesihatan mulut: Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran. Selain itu, bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper. Bagi yang memakai gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut. Akhir sekali dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
  2. Awasi diet: Amalkan meminum banyak air dan kurangkan meminum minuman yang mengandungi kafein. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar yang berserat tinggi. Amalan mengunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula juga amat membantu.
  3. Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol.
  4. Mendapatkan rawatan untuk penyakit gusi dan gigi.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Atasi Masalah Mulut Berbau?

  • Alfalfa Complex bertindak dengan mendetoksifikasikan atau menyahkan bau busuk dan memberikan kesegaran nafas.
  • Garlic Complex berfungsi seperti antibiotik semulajadi yang membantu menghapuskan bakteria punca nafas berbau.
  • Herblax membantu mencuci usus agar usus sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit penyebab kepada masalah nafas berbau.
  • Chewable Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit gusi dan meningkatkan imunisasi badan.

Testimonial

Bertindak sekarang jika anda mengalami masalah ini. Jangan biarkan orang di sekeliling anda terus-terusan menyindir anda. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya kerana saya sedia membantu anda.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Shaklee ID: 960126

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge