Atasi Masalah Mengantuk Tanpa Pengambilan Kafein

Mengantuk merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Namun begitu, jika terlalu kerap mengantuk terutama pada waktu yang tidak sepatutnya, ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Sebagai contoh, statistik kemalangan di Malaysia menunjukkan antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan jalanraya adalah mengantuk atau tertidur ketika memandu. Selain itu, mengantuk juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti hilangnya tumpuan di dalam kelas bagi pelajar, kurangnya komunikasi antara suami dan isteri bagi yang sudah berkahwin dan hilangnya tumpuan di tempat kerja hingga menyebabkan kelalaian. Percaya atau tidak majoriti antara kita akan memilih minuman berkafein untuk atasi masalah ini. Tahukah anda pengambilan kafein yang kerap dan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan kita? Adakah pengambilan kafein merupakan penyelesaian yang terbaik?

Apa Itu Kafein?

Kafein merupakan sejenis ekstrak tumbuhan yang biasa di temui di dalam biji kopi, teh, minuman ringan, koko dan coklat. Kafein juga biasa di dapati di beberapa preskripsi ubat-ubatan seperti demam, alahan dan juga pain killer.

Adakah Kafein Boleh Memberi Kesan Sampingan Kepada Tubuh Badan Kita?

Sudah tentu jawapannya ya! Setiap apa yang kita ambil sudah tentu memberi kesan kepada tubuh badan kita. Begitu juga kafein. Cuma kesannya bergantung kepada tindak balas tubuh seseorang dan jumlah pengambilan kafein tersebut. Berikut adalah antara kesan dari pengambilan kafein yang terlalu kerap dan berlebihan:

  1. Insomnia: Terlalu banyak pengambilan kafein boleh menyebabkan kita tidak boleh tidur apabila tiba waktu tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan tubuh badan kita letih dan lesu kerana tidak cukup tidur atau waktu tidur terganggu.
  2. Ketagihan: Kafein boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ketagih. Sebagai contoh seseorang yang biasa minum kopi akan cenderung untuk mengambilnya setiap hari dan berasa tidak lengkap dan resah tanpanya.
  3. Mempengaruhi Buah Pinggang dan Degupan Jantung: Pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak normal dan berdebar-debar. Ini kerana metabolisme badan meningkat secara tiba-tiba.Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu di serang sakit jantung. Buah pinggang juga cenderung untuk memproses dengan lebih cepat. Sebab itu seseorang yang mengambil minuman berkafein akan kerap ke tandas untuk buang air kecil.
  4. Memberi Kesan Kepada Ibu Mengandung dan Bayi Di dalam Kandungan: Kebiasaannya para doktor akan menasihati para ibu yang mengandung agar tidak mengambil minuman yang berkafein. Ini kerana kafein boleh mengganggu proses penyerapan nutrien-nutrien penting oleh badan kita. Apabila nutrien-nutrien penting ini tidak diserap, maka secara automatiknya bayi juga tidak memperoleh khasiatnya. Oleh itu berlakulah keguguran janin, kelahiran pramatang dan sebagainya.
  5. Sakit Kepala Atau Migrain: Kafein memaksa tubuh dan fikiran untuk bekerja melampaui batas kemampuannya. Kita akan merasa sangat letih apabila kesan kafein telah habis. Akibatnya kita cenderung untuk mengalami sakit kepala akibat dari keletihan yang teramat sangat dan rehat yang tidak mencukupi.

Kenapa kita mengantuk? Macam Mana Nak Atasi Mengantuk Tanpa Kafein?

Terdapat banyak sebab kenapa kita mengantuk. Untuk mengatasinya kita perlu ketahui punca yang menyebabkan kita mengantuk. Antara punca mengantuk adalah:

Tidak Mendapat Tidur Yang Secukupnya
Sudah terang lagi bersuluh bukan? Badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam. Jika kita tidak cukup tidur, ia akan mengganggu fokus kita untuk menjalankan aktiviti harian dan menyebabkan masalah kesihatan. Jadikan tidur sebagai salah satu prioriti kita dan pastikan kita ada masa yang tetap untuk tidur dan rehat secukupnya.
Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Pernah tak kita terfikir kenapa kita masih mengantuk walaupun dah tidur selama 8 jam? Ya, kita mungkin mengalami gejala Tidur Apnea iaitu keadaan di mana saluran pernafasan kita tersekat ketika tidur. Akibatnya kita akan berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas dan terjaga secara tiba-tiba. Setiap gangguan mengejutkan kita dari tidur tetapi kita mungkin tidak sedar. Hasilnya, kita tidak dapat tidur yang berkualiti.
Tidak cukup tenaga
Apabila kita makan terlalu sedikit atau diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan kita menjadi lemah. Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, kita akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama kenapa kita sering berasa lemah. Ini kerana kita akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan kita dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. 
Dehidrasi
Mudah lemah atau mengantuk mungkin disebabkan kita kurang minum air masak. Sama ada kita melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan kita sangatlah memerlukan air. Apabila kita dahaga, itu bermakna kita dehidrasi.
Jadi macam mana nak atasi masalah mengantuk ni tanpa kafein. Berikut adalah antara tips-tips yang boleh di amalkan:
  • Mengamalkan meminum air kosong banyak-banyak. Badan kita memerlukan 2 liter air kosong sehari iaitu bersamaan dengan 8 gelas. Macam mana nak pastikan kita minum air 8 gelas air sehari. Senang saja. Setiap hari kita akan solat 5 waktu sehari semalam. Amalkan meminum 200ml air setiap kali sebelum dan selepas solat bagi setiap waktu. 
  • Tarik dan hembus nafas. Untuk tarik dan hembus nafas, ada teknik yang tertentu. Biasanya kita akan tarik dan hembuskan nafas dengan laju. Kali ini cuba amalkan teknik ini. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas sebentar dan hembus perlahan lahan. Kira dalam hati hembusan yang dilakukan sehingga mencapai 21 saat. Kita pasti dapat rasakan perbezaannya. 
  • Amalkan pengambilan sarapan setiap pagi. Yang ini mesti, mesti dan mesti di amalkan! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga kita dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah kita memerlukan tenaga yang berterusan untuk stay focus.
  • Amalkan pengambilan Supplement semulajadi. Antara supplement terbaik yang kita boleh cuba ialah Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Apa kelebihannya?Jom kita saksikan video di bawah: 

http://

Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

Cinch Energy Tea Mix Shaklee

-Bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk meningkatkan metabolisme badan kita dan membekalkan tenaga sepanjang hari (energy booster). Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Tea:

1) Matcha Green Tea

  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x
2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
 3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
 4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
 5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol –
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Testimonial Dari Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Cinch Tea

Selain dari Cinch Energy Tea Mix Shaklee, anda juga boleh dapatkan Vitalea dan B-Complex Shaklee untuk kesan yang lebih optimum.

  • Mengandungi kesemua 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron.
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta katotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

  • Terdiri daripaa 8 jenis vitamin B yang bekerja bersama-sama untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisme penghailan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel.
  • B-Complex juga dikenali dengan vitamin anti-stress. Sesuai untuk pelajar dan bagi anda yang bekerjaya yang sentiasa stress dengan kerja dan assignment.

Bagi anda yang masih tercari-cari penyelesaian untuk masalah mengantuk anda bolehlah cuba dapatkannya. Atasi masalah mengantuk anda sebelum ianya semakin teruk. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Sulhana Shuhaimi 
Call/Whatsapp: 012 – 935 1082
Shaklee ID : 960126

Kawasan COD: Bandar Kuantan – Beserah – Batu Hitam – Sg. Karang – 

Facebook: Sulhana Shuhaimi

                                                 Instagram: Sulhana Shuhaimi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge