Atasi Masalah HB Rendah Ketika Mengandung

Setiap wanita yang hamil pasti mengalami pengalaman yang berbeza-beza. Dari anak yang pertama hinggalah yang kedua ketiga keempat dan seterusnya.Terdapat bermacam-macam masalah yang di hadapi oleh bakal-bakal ibu ketika mengandung. Antaranya termasuklah masalah Hb Rendah.

Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Hb Rendah?

Paras hemoglobin seorang wanita normal adalah antara 12-16gm/dL. Seseorang wanita hamil di katakan mengalami masalah Hb rendah apabila bacaan hemoglobin dalam darahnya berada di bawah paras normal tersebut. Masalah Hb rendah seringkali di kaitkan dengan kekurangan zat besi. Tahukah anda apakah kaitannya?

‘Iron’ atau zat besi sangat penting untuk menghasilkan hemoglobin dalam badan kita. Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu dalam badan kita dan mengembalikan karbon dioksida daripada tisu badan kembali ke paru-paru kita. Tanpa zat besi yang cukup dalam darah, organ-organ dan tisu-tisu di dalam badan kita akan kekurangan oksigen. Keadaan ini sudah tentu tidak baik untuk ibu yang mengandung dan bayi yang di kandung.

Apakah Kesan Hb Rendah Kepada Ibu Mengandung?

Antara gejala Hb rendah yang boleh di rasai oleh ibu mengadung ialah:

  1. Kulit pucat
  2. Penat/mudah keletihan atau tidak bertenaga
  3. Sesak nafas
  4. Pening kepala / pitam
  5. Badan terasa lemah
  6. Anemia (apabila bacaan Hb semakin menurun)

Bagaimana Untuk Atasi Masalah Hb Rendah?

Bagi bakal-bakal ibu yang mengalami masalah Hb rendah, jangan risau kerana masalah Hb rendah boleh di atasi dengan mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Terdapat dua jenis makanan yang kaya dengan zat besi:

  1. Daging merah, ikan, ayam dan makanan laut mengandungi zat besi dalam bentuk yang dipanggil Heme Iron iaitu zat besi yang mudah untuk di serap oleh badan kita.
  2. Makanan seperti kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkaya, roti bijirin penuh dan sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi zat besi yang dipanggil Non Heme Iron iaitu zat besi yang sukar untuk di serap oleh badan.

Selain itu ibu mengandung juga di galakkan untuk mengamalkan pengambilan Vitamin C. Vitamin C dapat membantu tubuh kita untuk menyerap zat besi dari makanan yang di makan secara optimum. Bakal-bakal ibu boleh cuba minum segelas jus oren dengan bijirin pagi atau menggabungkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, dengan makanan-makanan yang kaya dengan zat besi.

Makanan Kaya Zat Besi

Berikut adalah makanan, minuman dan ubat-ubatan yang perlu di elakkan oleh ibu hamil yang mengalami Hb rendah kerana ia akan mengganggu proses penyerapan zat besi oleh badan kita.

  • Elakkan meminum teh dan kopi selepas makan.
  • Hadkan pengambilan bijirin penuh. Walaupun bijirin penuh adalah sumber yang baik untuk zat besi, namun ia mengandungi phytates yang boleh menjejaskan penyerapan zat besi.
  • Pengambilan ubat pedih ulu hati atau ketidak hadaman PPIS (Antacids and Proton Pump Inhibitors). Ia mengandungi zink dan garam magnesium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi oleh badan kita.
  • Elakkan pengambilan produk yang kaya dengan kalsium, seperti susu atau yogurt bersama-sama dengan hidangan yang kaya dengan zat besi.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung Yang Alami Hb Rendah

Set Untuk Masalah Hb Rendah

Vita-Lea Shaklee

  • mengandungi formula Zat Besi
  • membantu membekalkan Zat Besi yang di perlukan oleh ibu mengadung
  • menghasilkan sel darah merah secukupnya mengikut keperluan badan
  • tidak sesuai bagi pesakit Talasemia.

B-Complex Shaklee

  • mengandungi 8 Vitamin B, B12 serta Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung
  • membantu tumbesaran yang sihat bagi bayi di dalam kandungan
  • membantu meningkatkan sel darah merah
  • mengurangkan stress atau tekanan

Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • meningkatkan imunisasi badan ibu mengandung
  • membantu tubuh untuk menyerap zat besi secara optimum
  • merangsang gusi, gigi dan tulang yang sihat.

Testimonial

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Atasilah masalah Hb rendah anda sebelum memudaratkan. Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya kerana saya sedia membantu anda.

 Whats App/Telegram/Sms/Call: 012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan – Beserah – Bt. Hitam – Sg. Karang – Balok – Gebeng

Shaklee ID: 960126

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge