Apa Itu Healing Crisis?

Apa itu Healing Crisis atau Proses Penyembuhan? Pernah tak anda semua mengalami masalah seperti berikut apabila mula mengambil supplement atau vitamin?

Situasi Pertama: Kulit muka saya semakin banyak jerawat, mengelupas dan gatal-gatal sejak ambil supplement untuk set jerawat / set resdung. Malah lebih banyak dan teruk dari sebelum ini.

Situasi Kedua: Saya sering berasa letih yang teramat sangat, mengantuk dan sembelit sejak mengamalkan supplement untuk kesihatan.

Situasi Ketiga: Saya sakit kepala, loya, mual, cirit-birit dan demam sejak mengamalkan supplement.

Jika anda mengalami masalah seperti di atas, jangan risau. Itu menunjukkan badan kita sedang bertindak balas dengan vitamin yang di ambil. Situasi di atas di namakan sebagai ‘Healing Crisis’ atau ‘Proses Penyembuhan’.

Healing Crisis Atau Proses Penyembuhan

Proses Penyembuhan atau Healing Crisis berlaku apabila badan kita cuba untuk menyingkirkan toksin-toksin yang tersimpan di dalam sistem badan kita bertahun-tahun lamanya dengan kadar yang segera. Lebih tinggi toksin dalam badan seseorang itu lebih teruk kesan yang akan dirasakan ketika proses detoksifikasi.

Setiap kali badan kita menyimpan lemak, rantaian kimia di dalam lemak yang tersimpan akan mempengaruhi keadaan di dalam tubuh kita. Oleh yang demikian, setiap tahun, badan kita terdedah kepada virus, bakteria dan toksin yang tersimpan di dalam lemak tersebut. Virus, bakteria dan toksin inilah yang badan kita cuba singkirkan ketika proses detoksifikasi atau ‘nyah-toksin’

Semasa proses nyah-toksin ini badan kita akan memberi tindak balas yang kurang selesa. Namun begitu, gejala ini hanyalah sementara dan bergantung kepada keadaan badan individu itu sendiri. Berikut adalah antara kesan-kesan Healing Crisis yang mungkin berlaku:

Apa yang Perlu Di Lakukan Jika Ia Berlaku?

Jika anda mengalami masalah seperti di atas, INGAT jangan sekali-kali menghentikan pengambilan supplement anda kerana keadaan ini hanyalah sementara. Selepas ianya berlalu anda akan merasa nikmatnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Minum air masak secukupnya. Sentiasa memastikan badan kita mendapat jumlah air yang di perlukan secukupnya. Air yang mencukupi dapat membantu mengurangkan gejala healing crisis yang anda alami.
  2. Cuba untuk bertenang dan berehat. Cuba untuk tidak panik. Sentiasa berfikiran positif, rileks dan bertenang. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
  3. Kurangkan jumlah supplement yang di ambil. Contohnya, jika perlu ambil 2 biji sehari kurangkan kepada sebiji. Ataupun jika perlu ambil hari-hari cuba ambil selang sehari. Apabila healing crisis ini sudah berakhir amalkan semula mengikut aturannya yang sebenar.
  4. Bersabar dan perbanyakkan berdoa. Sentiasa berdoa kepada-Nya agar di berikan kesabaran yang tinggi dan di permudahkan untuk mengharungi healing crisis tersebut agar kita mendapat kebaikkannya di kemudian hari.
  5. Cuba hubungi agent supplement anda untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi.

Jika di amalkan tips-tips di atas, Insya Allah anda pasti dapat mengharungi healing crisis tersebut. Bagi anda yang ingin dapatkan Supplement Shaklee untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum jangan ragu-ragu untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

P/S: Anda perlu berjumpa doktor sekiranya keadaan anda masih tidak pulih setelah bermingu-minggu. Sila baca Disclaimer.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gebeng

Shaklee ID: 960126

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge