9 Perbezaan Detoks Cara Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Ramai yang bertanya, apa perbezaan detoks cara Shaklee dan detoks lain. Memang banyak perbezaannya terutama dari segi cara melaksanakannya. Apa yang pasti kesan positif detoks Shaklee boleh di rasai dalam tempoh 7 hari. Ya seawal 7 hari sudah menampakkan hasilnya.

Sebelum tu, jom kita fahami apa itu detoks? Detoks adalah proses kita menyingkirkan toksin dan bendasing dari sistem tubuh badan kita. Setiap hari kita terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat seperti pencemaran udara, pencemaran air, gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang dan toksin yang di hasilkan oleh badan kita sendiri. Faktor – faktor ini menjadi sebab utama mengapa kita perlu berdetoks.

9 Perbezaan Detoks Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

  • Membantu mengurangkan berat badan secara sihat.

Toksin mendatangkan kesan negatif kepada keupayaan badan secara semulajadi untuk membakar lemak. Apabila badan tidak dapat membakar lemak secara semulajadi, maka berlakulah penambahan berat badan.

Dalam tubuh kita terdapat gen pemberi signal yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak. Apabila terlalu banyak toksin berkumpul, maka gen pemberi signal tidak dapat menjalankan peranannya dengan baik sehingga menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul.

Lama kelamaan, sel lemak yang baru akan di penuhi dengan lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Lebih teruk, ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

  • Melegakan sembelit dan kembung perut (Kolon Yang Lebih Sihat). 

Usus kita termasuk kolon berperanan membawa sisa dari tubuh kita, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang di proses, kekurangan serat serta lemak yang tidak sihat boleh terkumpul perlahan –lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem percenaan kita.

Kesan dari pengumpulan toksin ini menyebabkan berat badan sukar untuk turun, berasa kembung perut malah lebih dahsyat lagi kita boleh dapat penyakit berbahaya seperti kanser usus atau penyakit lain yang melibatkan masalah kolon.

Kolon merupakan system kumbahan dalam badan kita. Kita perlu memastikan kolon kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kosong supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.

Melalui detoks Shaklee, kita dapat membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh kita dan dalam masa yang sama mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat. Lagi best, masalah sembelit juga dapat di atasi.

  • Memberi Tenaga.

Dalam tubuh kita sememangnya ada organ yang melakukan detoks dengan sendirinya untuk membuang toksin, tetapi ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Semakin banyak toksin semakin banyaklah tenaga yang diperlukan.

Pendek kata, jumlah tenaga yang diperlukan bergantung kepada jumlah toksin yang perlu di nyahkan. Kekurangan tenaga akan mengakibatkan kita berasa cepat penat dan penat merupakan salah satu petanda yang badan kita di penuhi dengan toksin.

Melalui detoks Shaklee, kita membantu menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin. Lagi best, ia memberikan tubuh kita lebih tenaga dan meningkatkan stamina untuk kita melalukan pelbagai perkara yang menyeronokkan.

  • Mengurangkan nafsu makan. 

Melalui detoks Shaklee, kita bukan sahaja membuang toksin yang tidak sihat dari tubuh, malah kita juga membekalkan tubuh kita dengan makanan yang bernutrisi tinggi.

Makanan yang bernutrisi tinggi ini akan memberi signal kepada minda kita untuk mendambakan makanan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan selamat tinggal kepada ‘brownies’ dan ucapkan hello kepada diet sihat.

  • Kulit Lebih cantik. 

Kulit yang cantik memang menjadi idaman setiap insan tak kira lelaki mahupon wanita. Tambahan pula kulit merupakan organ luaran yang terbesar. Kulit yang sihat melambangkan dalaman yang sihat.

Kulit membantu kita membuang toksin dengan cara berpeluh. Bayangkan jika sistem kelenjar peluh kita di penuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai masalah kulit yang tidak sihat termasuklah jerawat.

Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari di buang, kebarangkalian untuk toksin terkumpul dalam darah kita adalah tinggi.

Detoks Shaklee boleh membantu membuang toksin dari badan kita. Apabila tiada lagi toksin yg berkumpul kita akan dapat lihat perubahan yang ketara pada kulit kita. Siapa yang taknak kan dapat kulit yang cantik, lagi glowing dan toink-toink gittew.

  • Menguatkan sistem imunisasi.

Katakan tidak kepada radikal bebas. Radikal bebas memang seringkali cuba untuk masuk ke dalam tubuh kita untuk merosakkan sel-sel yang sihat. Radikal bebas juga menyebabkan tubuh kita terdedah kepada toksin dan membolehkan ia membiak secara bebas.

Radikal bebas ini akan berusaha keras untuk merosakkan sistem pertahanan badan kita dan mengakibatkan keradangan. Melalui detoks Shaklee, kita boleh menghindari toksin dan dalam masa yang sama kita dapat elakkan radikal bebas dari berleluasa membiak dan merosakkan sel-sel tubuh kita.

Lagi best, badan kita akan lebih focus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semulajadi tubuh kita.

  • Mendapat tidur yang berkualiti.

Toksin terdiri dari pelbagai bentuk dan jenis. Ada yang berupa besi berat atau logam yang boleh mengganggu keseimbangan sel normal kita dan dalam masa sama menghasilkan radikal bebas.

Keadaan ini boleh mengganggu gugat corak tidur kita dan meningkatkan tahap hormone tidur. Apabila ini terjadi, ia boleh menyebabkan masalah insomnia atau sukar tidur.

Ambil lah langkah berdetoks untuk mengembalikan semula kesegaran badan untuk menikmati tidur dan rehat yang lebih lena dan berkualiti.

  • Detoks dengan Nutrisi Shaklee

Ini adalah perbezaan yang paling ketara dalam detoks Shaklee. Selain daripada mengikuti jadual diet seimbang yang telah di susun oleh nutritionist shaklee utk tempoh seminggu, detoks Shaklee juga memastikan badan kita tidak kekurangan nutrisi yang di perlukan oleh badan kita setiap hari.

Kenapa penting sangat badan kita untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya adalah supaya kita dapat membina sel-sel yang sihat. Dalam masa yang sama kita tidak kelesuan atau kekurangan tenaga dan yang paling penting adalah untuk memastikan proses detoks kita betul-betul menjadi dan berkesan. Bagaimana?

Ya dengan menyertakan supplement di bawah sepanjang proses berdetoks.

Set Detoks Shaklee

Bagaimana Set Detoks Shaklee Membantu Detoks Anda?

  • Alfalfa Complex. Alfalfa terkenal dengan jolokan nama raja segala makanan kerana sifatnya yang kaya dengan khasiat. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrient dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Peppermint Ginger Plus di formulasikan dengan empat herba pilihan termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Membantu melancarkan sistem penghadaman dan melegakan kembung perut.
  • Vivix merupakan minuman botani yang lazat. Ia mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan lobak ungu. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila di gabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat sehingga ia mampu mencegah, membaiki dan melindungi tubuh sehingga ke peringkat sel.
  • DTX Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan sistem hati yang sihat.
  • Herblax Shaklee merupakan campuran proprietary Herb-La termasuk daun senna yang di gunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ianya membantu merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh bagi mengelakkan masalah sembelit. Dalam masa yang sama ia menggalakkan usus yang bersih dan sihat.
  • Berkesan

Paling best ramai yang telah merasai dan mengakuinya keberkesanan detoks Shaklee. Jom kita saksikan video di bawah. Bagaimana detoks Shaklee telah merubah persepsi seorang yang pernah gemuk sebelum ini.

Testimonial Dari Mereka Yang Pernah Mencuba Detoks Cara Shaklee

Testimonial 1
Testimonial 2
Testimonial 3

Tunggu apa lagi, ramai yang dah buktikan. Jom sertai program detoks cara Shaklee. Saya akan guide anda dari A to Z. Hubungi saya segera untuk consultation eksklusif.

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Shaklee ID: 960126

FB:Sulhana Shuhaimi

IG: Sulhana_sue

Disclaimer:

*Kesemua product ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge