8 Cara Makanan Yang Di Proses Membahayakan Kesihatan Kita

Makanan yang di proses adalah makanan yang telah di ubah keadaan semula jadinya secara kimia dengan menggunakan bahan-bahan tiruan untuk tujuan kemudahan. Ini bermakna kita mungkin makan lebih banyak makanan yang di proses tanpa kita sedari. Kebiasaannya makanan yang telah di proses mengandungi tambahan garam, gula dan lemak. Sebab itulah salah satu kelebihan memasak makanan di rumah ialah kita tahu bahan-bahan yang di gunakan dalam masakan tersebut termasuklah jumlah garam dan gula yang di masukkan. Walau bagaimanapun, adakalanya makanan yang di masak sendiri juga menggunakan bahan-bahan yang telah di proses. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana makanan yang di proses membahayakan kesihatan kita.

8 Cara Makanan Yang Di Proses Membahayakan Kesihatan Kita

  1. Kebiasaannya makanan yang di proses mengandungi kandungan gula yang tinggi dan sirap jagung berfruktosa tinggi. Makanan dan minuman yang di proses adalah sumber terbesar gula tambahan dan sirap jagung berfruktosa tinggi  dalam diet. Gula adalah sangat tidak sihat dan boleh mempunyai kesan buruk yang serius ke atas metabolisme apabila di ambil secara berlebihan.
  2. Makanan yang di proses mengandungi pelbagai bahan tiruan. Makanan yang di proses sarat dengan bahan kimia tiruan, termasuklah perisa, pentekstur, pewarna dan bahan pengawet.
  3. Ketagihan terhadap makanan yang di proses. Bagi kebanyakan orang, makanan ringan boleh menyebabkan ketagihan dan menyebabkan kita hilang kawalan terhadap pengambilannya.
  4. Makanan yang di proses selalunya mengandungi karbohidrat yang ringkas. Karbohidrat yang baik untuk tubuh kita adalah karbohidrat yang kompleks. Karbohidrat yang ringkas membawa kepada kenaikkan mendadak gula dan insulin dalam darah dan menyebabkan kesan yang negatif terhadap kesihatan.
  5. Kebanyakkan makanan yang di proses mengandungi nutrien yang rendah. Semakin banyak kita makan makanan yang di proses semakin sedikit nutrien yang di peroleh oleh badan kita.
  6. Makanan yang di proses mengandungi serat yang rendah. Serat penting untuk membekalkan pelbagai faedah kepada kesihatan. Namun kandungan serat dalam makanan yang di proses adalah sangat rendah kerana ia hilang atau sengaja dikeluarkan semasa pemprosesan.
  7. Makanan yang di proses tidak memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang lama untuk di cernakan. Ini kerana hanya separuh kalori yang di bakar dalam makanan yang di proses berbanding makanan yang tidak di proses.
  8. Makanan yang  di proses mengandungi lemak trans yang tinggi dan minyak sayuran yang di proses. Makanan yang di proses mengandungi lemak tidak sihat yang tinggi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa apabila kita makan lebih banyak minyak ini, kita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Minyak Sayuran

Kesimpulannya, pengambilan makanan yang di proses adalah sangat tidak di galakkan dalam diet kita seharian. Ianya boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung, kerosakkan buah pinggang dan juga kanser. Amalkan pemakanan yang sihat di samping menambah supplement-supplement tertentu bagi menampung kekurangan nutrien dalam badan kita. Hubungi saya kerana saya sedia membantu anda ke arah hidup yang sihat.

Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan

Call/SMS/WhatsApp: +6012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan-Beserah-Bt.Hitam-Sg.Karang-Balok-Gabeng

Shaklee ID: 960126

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge