5 Destinasi Percutian Yang Saya Impikan

5 destinasi percutian yang saya impikan untuk pergi bersama orang-orang tersayang sebelum saya di soal oleh Munkar dan Nankir. Kenapa 5? Kenapa bukan 10, 20 atau 50? Kata orang semakin besar impian seseorang itu semakin tinggi usaha yang akan dilakukan untuk memastikan impian tersebut tercapai. Sebenarnya terlalu banyak tempat yang saya impikan untuk pergi. Cuma yang 5 ini merupakan tempat yang paling paling paling paling paling saya nak pergi. Apakah tempat-tempat itu? Kenapa tempat itu menjadi pilihan saya? Bagaimana untuk saya memastikan impian saya tercapai?

Destinasi Ke #5: Capital Of Two states, Rome Italy

Destinasi yang kelima saya nak pergi merupakan bandar yang dipenuhi dengan peninggalan sejarah iaitu Capitals Of Two States, Rome Italy. Rome merupakan ibu negeri kepada Italy. Oleh sebab Vatican City (sebuah negara yang merdeka dalam sempadan kota Rom) betul-betul bersempadan dengan Rome maka Rome diberi jolokkan sebagai Ibu Kota kepada 2 Negeri. Sebenarnya hasrat untuk melawat Rome mula timbul selepas saya menonton Filem romantik ‘When In Rome’ dan Filem’ Angels And Demonds’ lakonan Tom Hanks. Satu persatu keindahan Rome di tonjolkan dalam filem tersebut. Tambahan lagi saya ni memang penggemar spaghetti dan pizza yang merupakan makanan yang berasal dari Itali. Teringin sangat nak cuba spaghetti dan pizza yang di masak oleh orang Itali sendiri. Tapi halal ke?? hihi

Cantikkan Keindahan Kota Rome Pada Waktu Senja

Destinasi Ke #4: Wudang Shan, Negeri Kung Fu di Atas Awan

Kalau korang pernah tonton movie The Karate Kids lakonan Jackie Chan dengan anak Will Smith iaitu Jaden Smith, mesti korang pernah tengok keindahan alam yang di cipta Allah iaitu Gunung Wudang. Mengikut sejarah China, Wudan Shan merupakan tempat suci bagi para penganut agama Tao. Maka tidak hairanlah terdapat banyak kuil di sepanjang tebing-tebing pergunungan ini. Puncak Tianzhu adalah titik tertinggi Wudang Shan. Ia juga di kenali sebagai ‘Golden Top’, kerana terdapat kuil yang atapnya diperbuat dari emas. Dulu, kuil-kuil ini digunakan sebagai tempat berlatih seni mempertahankan diri dan juga tempat menuntut ilmu perubatan tradisional cina. Sebab itulah tempat ini di katakan sebagai tempat terciptanya seni mempertahankan diri Kung Fu. Untuk sampai ke puncak, para pelancong perlu mendaki ribuan anak tangga batu. Fuhhh larat ke nanti ni!!

Cantik kan. Tak Hairanlah kenapa Wudang Shan Di iktiraf Oleh UNESCO sebagai Salah Satu Warisan Dunia.

Destinasi Ke #3: Negara Matahari Terbit, Jepun

Saya dan suami memang penggemar drama-drama series Jepun. Antara drama series yang paling kami suka ialah Proposal Daisakusen lakonan Tomohisa Yamashita. Bila layan cerita tu rasa teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Jepun. Jepun memang terkenal dengan keindahan bunga sakura nya. Di Tokyo sahaja dah bermacam-macam tempat untuk di lawati. Antara tempat yang saya nak pergi di Tokyo iaiah di Akihabara, Tokyo Disneyland, Yoyogi Park & Shibuya. Shibuya ni terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing.

Suatu Hari Nanti Saya Pasti Akan Bergambar Di Tengah-tengah Shibuya Crossing ni

Destinasi Ke #2: Istanbul, Turkey

Impian nak pergi Istanbul ni mula terdetik lepas tengok movie lakonan Lisa Surihani Istanbul Aku Datang. Rupa-rupanya banyak sangat tempat menarik yang boleh di lawati di Istanbul. Di Istanbul saja terdapat 10 tempat menarik untuk di lawati. Antara tempat yang saya teringin nak pergi ialah Haghia Sophia. Sebuah muzium yang asalnya merupakan gereja bertukar menjadi masjid ketika zaman Sultan Muhammed ke 11 (Sultan Al Fatih) menawan Constantinople. Menurut sejarah Sultan Al Fatih sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut. Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah, masjid ini telah di tukar menjadi sebuah muzium. Selain itu saya juga teringin untuk melawat Grand Bazar yang merupakan syurga membeli belah di Turkey. Dikatakan terdapat lebih kurang 4000 buah kedai yang menjual pelbagai barang yang menjadi kegemaran para pelancong ke Istanbul.

Indahnya Pemandangan Kota Istanbul

Destinasi Ke #1: Makkah Al Mukarramah

Satu-satunya tempat yang paling di impikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Seperti orang lain saya juga menyimpan hasrat untuk mengerjakan Umrah dan Haji di Makkah dan Madinah. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup saya. Setiap hari saya berdoa semoga suatu hari nanti saya dan keluarga dapat menyempurnakan Rukun Islam yang Ke-5 ini. Insya Allah.

Keindahan Masjidil Haram

Untuk memastikan impian saya tercapai sudah tentulah shaklee menjadi peneman saya untuk memastikan badan saya sentiasa sihat dan cergas dengan izin Allah. Jika anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan vitamin tambahan jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Whats App/Telegram/Sms/Call: 012-935 1082

Kawasan COD: Kuantan – Beserah – Bt. Hitam – Sg. Karang – Balok – Gebeng

Shaklee ID: 960126

Facebook: Sulhana Shuhaimi

 

 

3 thoughts on “5 Destinasi Percutian Yang Saya Impikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge